TIPS KEWANGAN DARI SAYA ....MUDAH-MUDAHAN ANDA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi
tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang
keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang
'kaya' hidup gini.Tetapi kalau anda seorang yang kaya & berjaya bebas pula dari hutang itulah yang
terbaik.Inilah yang di katakan “Financial Freedom”
2. Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab
semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga
lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula
didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai
wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga
3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti,
pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada
RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan
lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita
DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga
4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah
sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap
rezeki!
5. Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan
kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru
fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar)
atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan
kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!
Terima Kasih kerana sudi membaca sampai habis.
JANGAN LUPA KLIK "LIKE" DI FACEBOOK INI UNTUK MEMPASTIKAN ANDA TERUS MENERIMA TIPS KEWANGAN DAN PELABURAN DARI SAYA.